Saturday 24 September 2016

RESEPI SAMBAL UDANG



Masa:
  • Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 3
Bahan-Bahan:
  • 500g udang, dibersihkan
  • 1/2 biji bawang besar, potong nipis
  • 1 batang serai, dititik
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Bahan untuk dikisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 10-12 tangkai cili kering, dibuang biji
  • 1 biji bawang besar

Cara Penyediaan:
  • Rebus cili kering seketika, toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain.
  • Dalam kuali, panaskan 2 senduk minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
  • Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.
  • Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik.
  • Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.
Tips:

  • Pastikan anda tidak memasak udang terlalu lama kerana udang boleh menjadi keras. Semasa menumis bahan kisar pastikan betul-betul pecah minyak kerana jika tidak, kuah sambal tumis tidak masak dengan sempurnna

RESEPI TOM YAM SEAFOOD


Masa:
  • Penyediaan: 20 minit | Memasak: 45 minit | Keseluruhan: 65 minit

Jumlah Hidangan : 4
Bahan-Bahan:
Bahan untuk tomyam paste:
  • 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 5 ulas bawang putih, hiris kasar
  • 2 inci lengkuas. hiris kasar
  • 2 inci halia. hiris kasar
  • 5 helai daun limau purut, hiris kasar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
  • 2 batang serai. hiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 senduk minyak untuk menumis
  • Bahan untuk kuah Tomyam:
  • 3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )
  • isi ayam, bahagian dada dihiris nipis
  • udang, dibuang kepala
  • sotong, potong ikut kesukaan anda
  • 1/2 batang karot
  • 1 biji tomato, potong 4
  • cendawan tiram, jika suka
  • 1 batang serai
  • 4 helai daun limau purut
  • 10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis, ambil jus
  • tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
  • sedikit daun ketumbar
  • 1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4

Cara Penyediaan:
  • Cara untuk tomyam paste:
  • Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.
  • Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak. Anggaran masa 20-30 minit.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Cara untuk masak tomyam:
  • Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.
  • Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.

Tips:
  • Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang mendidih.

RESEPI SIAKAP 3 RASA.

Masa:
  • Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit

Jumlah Hidangan : 2 orang
Bahan-Bahan:
Bahan untuk menggoreng ikan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam
  • Sedikit Kunyit

Bahan untuk kuah:
  • 4 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dicincang halus
  • 1 inci halia, dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 batang bunga kantan, dihiris nipis
  • 1 batang serai, dititik
  • 6 biji cili padi , dihiris nipis
  • 1 biji cili merah, dihiris nipis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Dain bawang untuk hiasan

Cara Penyediaan:
  • Ikan dibersihkan dilumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung, goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga garing, angkat dan ketepikan.
  • Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.
  • Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi, kacau seketika
  • Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
  • Masukkan daun limau purut dan kacau sehingga kuah pekat sebati.
  • Tuangkan kuah diatas ikan yang digoreng tadi.
  • Hiasakan dengan daun bawang.