Masa:
- Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 3
Bahan-Bahan:
- 500g udang, dibersihkan
- 1/2 biji bawang besar, potong nipis
- 1 batang serai, dititik
- 1/2 cawan air asam jawa
- 2 sudu besar sos tiram
- Bahan untuk dikisar
- 3 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 2 inci halia
- 10-12 tangkai cili kering, dibuang biji
- 1 biji bawang besar
Cara Penyediaan:
- Rebus cili kering seketika, toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain.
- Dalam kuali, panaskan 2 senduk minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
- Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.
- Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik.
- Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.
- Pastikan anda tidak memasak udang terlalu lama kerana udang boleh menjadi keras. Semasa menumis bahan kisar pastikan betul-betul pecah minyak kerana jika tidak, kuah sambal tumis tidak masak dengan sempurnna
No comments:
Post a Comment